Perkhidmatan ORACO
Perladangan
&
Khidmat Pertanian
Perladangan & Khidmat Pertanian
Menyediakan sokongan dan perkhidmatan dalam sektor perladangan dan perniagaan berkaitan pertanian. Termasuk lah dalam bidang pengurusan operasi, pembangunan ladang, penjagaan tanaman, analisa tanah, kawalan serangga dan penyakit, pemasaran, penyelidikan pasaran, kewangan dan latihan
Perkhidmatan yang ditawarkan:
- >Menawarkan khidmat nasihat perladangan kepada petani, perladang dan pengusaha
- >Berfungsi sebagai pengurus projek kepada petani, perladang dan pengusaha dengan memberi bimbingan secara berterusan
- >Membantu dan memberi nasihat dari segi penggunaan kaedah pertanian baik dan memperkenal pertanian moden serta pengunaan teknologi baru kepada petani, perladang dan pengusaha untuk optimumkan pengeluaran hasil
- >Memadankan pelabur bagi projek - projek tertentu sekiranya diperlukan
Antara projek yang dijalankan:
- >STRK Hulu Jelai
- >STRK Mempelam
- >Ladang Durian Pantos
Kelestarian Korporat & Pembangunan Insan
Merancang, mengenal pasti dan melaksanakan program pembangunan insan yang relevan bagi menjamin kesejahteraan hidup Masyarakat Orang Asli setempat dalam aspek pendidikan, kemahiran diri, pembangunan sosioekonomi dan komuniti, kesihatan dan kelestarian alam sekitar disamping melaksanakan tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang bersesuaian kepada komuniti Orang Asli Negeri Pahang.
Antara projek yang dijalankan:
- >Pahang Makmur Orang Asli - Pemberian Komputer Riba kepada pelajar Orang Asli yang melanjutkan pengajian ke institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Kolej Komuniti dan Politeknik.
- >Insentif Perkahwinan Kali Pertama Orang Asli sebanyak RM 300 untuk setiap pasangan
- >Transformasi Desa Pahang (TERAS)
Kelestarian Korporat
&
Pembangunan Insan
Kejuruteraan
&
Khidmat Teknikal
Kejuruteraan & Khidmat Teknikal
Bertanggungjawab merancang dan menyelaras pembinaan bangunan, pembangunan sistem bekalan air, khidmat kejuruteraan awam, aktiviti peningkatan mutu perkhidmatan kejuruteraan awam, projek-projek khas dan urusan pentadbiran pejabat
Perkhidmatan yang ditawarkan:
- >Menjadi sebagai agensi pelaksana kepada mana-mana projek Kerajaan Negeri Pahang yang diberi tanggungjawabkan kepada pihak ORACO
- >Menyelaras dan memantau perjalanan projek infrastruktur asas, kemudahan awam dan tawaran kerja bagi projek-projek pembinaan bangunan
Antara projek yang dijalankan:
- >Rumah Rakyat Pahang (RRP) Kuota Orang Asli Tahun 2023
- >Baikpulih Rumah Orang Asli Tahun 2023
- >Pembinaan Surau Kampung Orang Asli Hulu Chemperuh, Janda Baik, Bentong, Pahang