PAHANG ORANG ASLI CORPORATION (ORACO)
Pengenalan Kami
Pahang Orang Asli Corporation Sdn Bhd (ORACO) ditubuhkan pada 3 November 2021 sebagai pusat sehenti atau one stop centre (OSC) bagi merancang, mengurus dan memantau aktiviti ekonomi yang akan dijalankan di atas tanah yang berpotensi memberi manfaat kepada masyarakat Orang Asli Negeri Pahang. Ia merupakan sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Pahang

Profil Logo
Asas kepada logo ini ialah dimensi grafik bulatan seperti “O” yang membawa maksud ejaan nama ORACO. Melambangkan pembangunan secara bersama di antara pihak masyarakat, swasta dan juga agensi dalam melaksanakan pembangunan tanah-tanah masyarakat Orang Asli di negeri Pahang.
Warna biru melambangkan kestabilan, keharmonian dan keyakinan untuk membangun serta memantapkan sosio ekonomi masyarakat Orang Asli Negeri Pahang.
Warna hitam melambangkan Pembangunan mampan dan lestari
Warna merah melambangkan semangat yang jitu serta kesungguhan kerajaan Negeri Pahang dalam melaksanakan pembangunan ekonomi masyarakat Orang Asli Negeri Pahang.
Visi Kami
Memperkukuh dan memperkasa sosio-ekonomi masyarakat Orang Asli di Negeri Pahang.
Misi Kami
Menjadi Pusat Sehenti dalam memacu pembangunan yang holistik untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat Orang Asli di Negeri Pahang.


Peranan Utama Kami
- Sebagai pusat sehenti atau one stop centre (OSC) bagi merancang, mengurus dan memantau aktiviti ekonomi yang akan dijalankan di atas tanah yang berpotensi memberi manfaat kepada masyarakat Orang Asli
- Penyelaras pembahagian tanah yang berpotensi memberi manfaat kepada masyarakat Orang Asli yang akan dibangunkan kepada agensi-agensi Kerajaan seperti FELCRA Berhad, RISDA dan RISDA Plantation Sdn Bhd (RPSB).
- Membantu masyarakat Orang Asli meningkatkan ekonomi dan sahsiah diri
Rakan Strategik Kami

SUK
Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang
Dirangka bagi mencapai aspirasi dan kehendak daripada pihak Stakeholder dan Pelanggan. Ini adalah penting bagi menjamin halatuju dan matlamat akhir sistem penyampaian perkhidmatan akan memberi impak yang tinggi kepada kumpulan sasaran.

PKPP
Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang
Ditubuhkan dengan tanggungjawab utamanya bagi meningkat, mendorong, memberi kemudahan serta menjalankan usaha-usaha pembangunan ekonomi dan sosial negeri terutamanya di kawasan luar bandar.

RISDA
Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Perusahaan Getah Kecil
Merancang dan melaksanakan segala pembaharuan penyelidikan dalam sektor pekebun kecil

Jakoa
Jabatan Kemajuan Orang Asli
Untuk melindungi masyarakat Orang Asli dan cara hidup mereka daripada kepesatan perkembangan tamadun dan eksplotasi masyarakat luar disamping menyediakan kemudahan dan bantuan pendidikan, kesihatan dan pembangunan sosioekonomi.

Felcra
Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah
Matlamatnya ialah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara Malaysia dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka.

PahangCorp
Pahang Corporation Sdn. Bhd.
Menjadi One Stop Centre bagi pengurusan tanah rizab Orang Asli yang berpotensi dari segi aktiviti ekonomi dalam memberi manfaat yang optimum kepada Orang Asli di negeri ini.

PCMS
Pahang Corporation Management Service
Menjadi ‘One-Stop’ agensi kepada perkhidmatan seperti Pengurusan Perkhidmatan Korporat, Pengurusan Risiko dan Insurans serta Pembangunan Modal Insan dan Perundingan bagi semua Anak Syarikat di bawah Kerajaan Negeri Pahang.

Pahang GO
Pahang GO
Memajukan Ekonomi Digital di Negeri Pahang serta menjana pendapatan kepada kerajaan negeri menerusi penerokaan sektor ekonomi digital

numix
Numix Engineering
Penyediaan tenaga boleh diperbaharui yang terdiri daripada tenaga alternatif dan lestari seperti solar dan penyelesaian lain untuk masa depan yang lebih hijau; maklumat inovatif dan bersepadu, penyelesaian komunikasi; perunding kejuruteraan, pembekal dan kontraktor am dan sebarang perniagaan lain.